THE WORST FLOOD

HAZARDOUS KOTA TINGGI


~MENEMURAMAH…

Hari Kedua..

Pada hari kedua, kami kumpulan Urban Legend telah meneruskan visi dan misi kami tentang kesan banjir terhadap Kota Tinggi. Kami telah menemuramah pegawai-pegawai hotel yang terdapat di kota bersejarah ini. Berikut adalah catatan dan hasil penyelidikan kami daripada hasil temuramah yang telah dijalankan seterusnya melengkapkan sumber pencarian primer kami…

~Menemuramah Pegawai Hotel~


Hotel Grand Waterlilies adalah salah sebuah hotel yang terletak di bandar Kota Tinggi. Pengurus hotel ini En. Lim walaupun sudah nampak agak berumur namun kelihatan sangat bertenaga untuk ditemuramah oleh pihak kami. Beliau mengatakan bahawa hotel ini telah dirasmikan sebelum berlakunya banjir yang melanda pada bulan Disember 2006 dan Januari 2007. Namun begitu, hotel ini mula beroperasi semula selepas banjir selama 2 bulan. Menurut En. Lim, bencana banjir telah mendatangkan kerugian yang besar kepada hotel ini. Pihak hotel memerlukan masa selama 5-6 bulan untuk melengkapkan semula peralatan-peralatan yang telah musnah akibat banjir. Tambahan beliau, pelancong yang kerap mengunjungi hotel ini adalah terdiri daripada pelbagai bangsa asing seperti Jepun, Singapura, negara-negara Eropah dan tidak lupa juga terdiri daripada penduduk-penduduk tempatan sendiri yang berbilang bangsa. Kebanyakan pelancong yang datang adalah bertujuan untuk mengunjungi kawasan-kawasan yang menarik di Kota Tinggi seperti Sg. Johor untuk melihat kunang-kunang pada waktu malam, membeli belah di mini kelantan (sebuah pusat jualan tekstil besar-besaran), Makam Laksamana Bentan di Kg. Kelantan dan air terjun Kota Tinggi. Selain itu pelancong-pelancong juga menginap di hotel ini sebelum meneruskan perjalanan mereka untuk melancong ke pulau-pulau yang berdekatan seperti Pulau Besar dan Pulau Sibu.Kelebihan hotel ini lebih teserlah dengan layanan istimewa yang diberikan oleh pihak hotel kepada para pelanggan. Selain itu harga bagi penginapan juga boleh dirunding serta keadaan suasana hotel ini yang cukup cantik dan kemas turut menarik hati para pelancong untuk menginap di sini.En. Lim turut memberikan pandangannya bagi memajukan sektor pelancongan di Kota Tinggi. Menurut beliau pihak kerajaan perlu menambahkan lebih banyak infrastruktur dan kemudahan sehubungan dengan pembangunan yang semakin pesat membangun di Bandar Kota Tinggi.Nasha Hotel merupakan salah sebuah hotel yang agak terkenal di Bandar Kota Tinggi. Menurut pengurus hotel ini, Puan Nasha yang berbangsa cina, Hotel Nasha ini telah mula beroperasi sejak tahun 1975, iaitu sejak 32 tahun yang lalu. Bencana banjir telah mendatangkan kesan yang buruk terhadap hotel ini. Hotel ini tidak beroperasi selama 2 bulan selepas kejadian banjir. Pihak hotel juga turut mengalami kerugian yang besar sehingga mencapai RM100 000 dari segi barangan perabot, lif dan mesin-mesin. Tambahan beliau hotel ini terpaksa mengambil masa hampir setengah tahun untuk pulih semula seperti sediakala. Pelancong yang kerap mengunjungi hotel ini adalah terdiri daripada bangsa-bangsa asing seperti bangsa Denmark, Eropah, New Zealand, Singapura dan penduduk tempatan sendiri.Kelebihan hotel ini adalah terletak pada layanan yang istimewa daripada pihak hotel serta keadaan hotel yang bersih dan menarik. Puan Nasha turut mengatakan langkah-langkah yang akan di ambil oleh pihak hotel bagi mengatasi masalah banjir pada masa akan datang adalah dengan tidak mengambil risiko membeli barang-barang dan mesin-mesin yang bernilai harga tinggi buat masa ini.

~Hari ketiga~

Menemuramah Pegawai Daerah Kota Tinggi…

Pada 3 September 2007, Satu temuramah telah diadakan di Pejabat Daerah bersama bersama pegawai daerah Kota Tinggi iaitu Tuan Haji Zainuddin bin Zainal Abidin. Perbincangan ini telah diadakan di dalam satu bilik mesyuarat bersama semua mahasiswa/i UKM yang lain yang turut menjalankan penyelidikan tentang banjir yang melanda Kota Tinggi. Berteraskan misi dan visi kami mengenai impak banjir terhadap sektor pelancongan di Kota Tinggi, Kami telah mengutarakan pelbagai soalan kepada beliau bagi membantu sedikit sebanyak dalam menjayakan penyelidikan kami ini.

Menurut beliau, kawasan selatan timur Kota Tinggi paling teruk mengalami bencana banjir yang lalu. Sewaktu banjir berlaku, Semua aktiviti pelancongan di Kota Tinggi terbantut. segala perancangan tidak dapat dijalankan dan disempurnakan berikutan jalan-jalan utama ke Kota Tinggi disekat sehubungan dengan benjir besar yang melanda di kawasan ini. Selepas kejadian banjir, kerja-kerja baik pulih telah dijalankan di seluruh kawasan Kota Tinggi yang musnah akibat bencana banjir tersebut. Justeru telah diadakan persidangan bagi mewarwarkan bahawa tempat-tempat pelancongan di Kota Tinggi telah 100% dibaik pulih sepenuhnya.

Tambahan beliau, Kedatangan pelancong juga semakin bertambah selepas kerja-kerja membaik pulih tersebut diadakan. Nmun begitu hanya Kota Bazar sahaja lagi yang masih lagi tidak pulih sepenuhnya , ini berikutan daripada kebnayakan pengusaha-pengusaha di sini yang mengalami kerugian yang besar dan muflis akibat banjir kedua yang melanda Bandar Kota Tinggi pada bulan Januari 2007 yang

~Menemuramah Pegawai Muzium~

Berdasarkan statistik yang kami dapati daripada pihak Muzium Kota Tinggi, bilangan pengunjung yang datang pada bulan Disember 2006 adalah 942 orang diikuti dengan bulan Januari 2007 sebanyak 163 orang dan pada bulan Februari 2007 sebanyak 272 orang. Pengunjung yang datang melawat Muzium Kota Tinggi kebanyakannya terdiri daripada orang awam, pelajar dan pelancong asing. Pada keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa bilangan pengunjung semakin berkurang apabila masuk tahun 2007 dan kemudiannya meningkat menjelang tengah tahun 2007.Menurut temuramah kami bersama Penolong Pengurus Muzium Kota Tinggi, Cik Asniza binti Uda, bilangan pengunjung ramai pada awal bulan Disember kerana pada waktu itu adalah musim cuti sekolah dan gelombang banjir pertama belum berlaku. Bilangan pengunjung semakin berkurang apabila masuk bulan Januari 2007 kerana pada waktu itu, gelombang banjir kedua telah berlaku dan daerah Kota Tinggi telah ditenggelami air. Walaupun Muzium Kota Tinggi tidak ditengelami air sepenuhnya dan paras air hanya setakat tempat meletak kenderaan, bilangan pengunjung tetap terjejas kerana sukar untuk pengunjung datang melawat muzium pada waktu itu. Walau bagaimanapun, bilangan pengunjung semakin bertambah selepas banjir surut iaitu menjelang awal bulan Februari 2007.

Maklumat Penginapan di Kota Tinggi...

Searching for…

Hotel Grand Waterlilies..

Pengurus Hotel: Mr Lim/ Senior Citizen

Hotel ini telah dirasmikan beberapa hari sebelum banjir berlaku.

Telah mula beroperasi selama 2 bulan.

Keadaan selepas banjir: Mula beroperasi semula selepas banjir. memerlukan masa 5-6 bulan untuk melengkapkan peralatan-peralatan yang telah rosak sewaktu banjir.

Kawasan: Terletak di Bandar Kota Tinggi

Pelancong yang kerap berkunjung terdiri:

-Jepun –singapura –Eropah –Penduduk Malaysia

Tempat-tempat menarik yang sering dikunjungi pelancong:

-Kunang-kunag di Sg Johor –Bazar Kota(Mini Kelantan)

-Makam –Air Terjun –Pulau(Pulau Besar, Pulau sibu)

Kelebihan Hotel: -Memberi layanan istimewa kepada setiap pengunjung. –Harga bilik boleh dirunding –Suasana hotel yang cantik dan menarik hati pelancong

Nasha Hotel..

Pengurus Hotel: Mrs Nasha

Kawasan: terletak di bandar Kota Tinggi

Mula beroperasi: Pada tahun 1975 (32 tahun)

Pelancong terdiri daripada: -Dermak –Eropah –Newzealand –Singapura –Penduduk Malaysia

Kelebihan Hotel: -Suasana yang menarik –Layanan yang istimewa –

Mayres Hotel

Pegawai: Mr Syam

Beroperasi: sejak 2004 (3 tahun)

Pelancong terdiri daripada:

-Japanese(paling ramai) –China –Eropah –

Kelebihan Hotel: Menyediakan Fire Fly package(bagi penginapan, dinner, pengangkutan ke kawasan kunang-kunang) –Harga bilik boleh dirunding –Lebih luas dan selesa –Mempunyai kawasan letak kereta, Keselamatan yang lebih terjamin –terdapatnya pusat permainan bowling